Dia diam
Maka aku pun diam
Dia berkata
Maka aku ikut berkata
Dia diam lagi
Lalu aku kembali diam lagi
Kerana aku terlalu ego
Dan mungkin dia terasa
Atau dia menyimpan rasa
Dan aku yang terasa
Entahlah...
Aku malas nak berkata-kata
Perlukah aku menunggu masa
Atau mengalah saja
Sedang aku tak tahu
Apa sebenar puncanya
30.8.09
Kata
Redha
Seorang sahabat dulu pernah berfalsafah tentang pengorbanan. Katanya pengorbanan tak wujud. Semua yang kita lakukan hanya kerana kasih, cinta, sayang dan tanggungjawab. Dan sahabat aku tidak tahu beliau mampu untuk berkorban atau tidak apabila sampai masanya.
Sejak membaca falsafah beliau, aku tak lagi percaya pada pengorbanan. Bagi aku, sahabat aku berkata benar. Apa jua perkara yang sukar untuk kita lakukan dan kita terpaksa lakukan, kita buat kerana itu tanggungjawab. Itu yang sepatutnya dilakukan. Kerana kita cinta, kasih atau sayangkan sesorang itu, maka kita mengambil keputusan untuk mengalah.
Dalam hidup, aku banyak mengalah. Tapi aku tak anggap semua itu pengorbanan. Aku rasakan apa yang aku buat semuanya tanggungjawab aku dekat orang lain: Emak, Abah, adik-adik dan kawan-kawan. Aku selalu cakap dekat diri sendiri, buat apa-apa pun, buat dengan ikhlas, jangan harapkan balasan. Sebab kalau minta dan balas tapi tak dapat, akhirnya duduk merana sendiri, tak siapa ambil peduli.
Bukan senang kita nak luahkan apa yang kita dah mengalah untuk orang lain. Kalau aku nak ceritakan, aku tak tahu berapa panjang jurnal aku nak kena tulis nanti dan berapa baldi air mata aku nak curahkan nanti. Mungkin sebab aku jenis yang suka simpan, orang lain pun malas nak ambil peduli. Tapi tak penting semua itu. Macam aku cakap buat apa pun kena ikhlas, jangan harapkan balasan.
Apa pun yang terjadi dekat aku nanti, aku redha. Kalau itu yang Tuhan suratkan untuk aku, aku redha. Sebab aku belajar dalam hidup, nak buat apa-apa pun, buat sendiri, jangan harapkan orang lain. Cuma sekarang aku mohon dekat Tuhan permudahkan jalan aku, tabahkan hati aku dan kentalkan iman aku. Jalan aku mungkin tak panjang, tapi aku nak habiskan perjalanan aku sehabis baik. Aku tahu Tuhan akan selalu ada bersama aku. Dan kalau rezeki aku bukan sekarang, tengah perjalanan nanti, aku akan nikmati rezeki yang sama atau yang lebih baik.
Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mengetahui, Maha Mengampuni dan Maha Mengasihani.
p/s: Ni semua penangan Nur Kasih la ni...
18.7.09
Katak Oh Katak!
Takde motif sangat si Apis dengan Aru tangkap gambar katak ni. Dah la dekat tingkap bilik aku. Kalau ikut hati nak je aku sembur Ridsect dekat katak ni. Biar mampus. Kalau tak budak dua orang tu bising, dah la dah kot katak ni mampus.
Tapi aku pun satu. Katak tu bukannya kacau aku pun. Buat apa aku nak bunuh dia. Dia nak lepak dekat tingkap tu biar je la. Bukan dia masuk bilik aku dan buat dajal pun. Aku pun nak bunuh dia sebab aku rasa tak selamat. Katak weyh. Geli. Tapi takkan aku sampai nak bunuh dia. Kejam gila.
Tapi manusia realitinya macam tu la. Ada benda yang merbahaya sikit terus buat tindakan terburu-buru. Padahal benda tu tak buat pape pun. Kita pun suka buat keputusan atas andaian. Orang cakap benda tu tak elok, nanti boleh rosakkan kita, terus tak nak dekat benda tu.
Iskh, aku malas la nak bagi falsafah panjang-panjang. Tapi korang faham kan cite katak aku tadi tuh? Pastu kaitkan dengan dunia sebenar.
p/s: Jangan bunuh katak sesuka hati.
11.7.09
Kalau Tuhan Tak Izinkan
Aku baru balik dari Penang. 44 jam aku dan kawan-kawan atas bas. Dari Kuantan kami ke Kuala Lumpur, kemudian ke Penang dan kemudian kembali ke Kuantan. Memang syok habis. Tujuan dia nak tengok persembahan teater. 10 Julai menonton teater Bangsawan Haris Fadilah dan Siti Zawiyah daripada produksi Aswara dan 11 Julau menonton teater Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 daripada produksi Bakawalee untuk Festival Teater Negeri Pulau Pinang.
44 jam atas bas, aku rasa tenang. Aku memang nak enjoy datang tengok persembahan orang. Nak hilangkan segala stress yang memang aku simpan untuk dilupuskan semasa vacation. Hahaha! Berjaya jugak akhirnya. Lepas ni janganlah ada lagi yang ungkit masalah tu balik. Kalau ada yang tak puas hati lagi, selesaikan sendiri. Kalau asyik nak ungkit saja, sampai bila pun masalah takkan selesaikan? Betul tak? Hahaha!
Memang best hang-out dengan budak-budak teater kali ni. Semua buat kerja gila yang produksi lain tak buat kot. Gila nak buat Kembara Teater dengan zero-budget? Aku rasa dekat universiti je yang boleh buat. Tapi memang best la. Mantap la hang-out kali ni. Thanks untuk Syidek dan Rani yang handle program ni.
Just terkilan tak dapat nak tengok pementasan Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 masa dekat Penang. Bayanglah kalau kau dah jalan jauh-jauh nak pergi rumah orang, tinggal selangkah je lagi nak masuk rumah orang, tapi Tuhan tak izinkan. Memang frust habis tapi dah tu takdir. Kalau Tuhan tak izinkan, siapa kita nak lawan takdir kan? Ikut aku memang aku sanggup redah banjir tu nak sampai Taman Budaya Negeri Pulau Pinang. Kalau bas tak dapat masuk pun, aku tak kisah. Aku balik je sendiri naik bas ekspress apa-apa je yang boleh sampai Kuantan. Janji dapat jumpa kakak aku dan tuntut ilmu serba-serbi dari Pegawai Khalwat. Memang aku dah plan banyak benda nak borak dengan dia. Tapi tulah, benda nak jadi, jadi jugak kan. Dan takkan aku nak tinggalkan kawan-kawan aku macam tu je kot. Pergi sama-sama, balik pun kenalah sama-sama kan.
Maaflah Kak Nida dan Pegawai Khalwat sebab tak datang pementasan malam semalam. Kalaulah ada bot RELA confirm kami semua dah terpacak dalam auditorium tu. Tapi takpe. Dapat shopping, makan dan karaoke dekat Penang pun berbaloilah datang jauh-jauh.
Lepas ni jemputlah lagi, tapi kena tengok ramalan cuaca untuk pementasan masa tu kot. Hehehe!
17.6.09
Aku Masih Muda
Aku tak biasa bila berurusan dengan orang, ada yang panggil aku Encik.
Gila tak biasa. Perasan muda. Tapi memang aku muda pun.
Hahaha!
Esok aku ada Re-Test. Padan muka sebab aku jawab entah apa-apa masa Test yang lepas.
7.6.09
Adakah Anda Bersedia Untuk The Lesson?
Masa Pra-The Lesson:
8.00 pagi
Masa The Lesson:
11.00 pagi
Tempat The Lesson:
Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang
"JAGA-JAGA! INI BUKAN KELAS BIASA!"
28.5.09
Pitam









p/s: Untuk mendapatkan jalan cerita yang lebih baik, sila baca dari bawah ke atas.
Hahaha!
Kau tak pitam dapat Pengurus Produksi merangkap Pengurus Pentas yang gila bagi memo macam aku? Siap hantar memo pukul 2, 3 pagi lagi. Tak sampai sebulan peti masuk memo penuh dengan memo aku saja. Kau mampu?
Pitam kejap.
24.5.09
Segan
Aku rasa sia-sia aku buat kad nama. Dah sebulan lebih, tak luak-luak jugak.
Sebabnya aku segan nak bagi dekat orang kad aku. Adoyai.
Nak cakap dengan orang tak segan, nak bagi kad dekat orang segan pulak.
Motif?
23.5.09
Produksi
Semalam, aku batalkan semua kerja produksi dan aku buat sesi konfessi.
Zahirnya memang produksi tak bermasalah. Tapi aku tak nampak produksi kali ini sebagai satu. Aku nampak banyak pecah belah. Dulu tak jadi macam itu. Things were different back then. We are lacking of something. Jadi aku nak tahu apa yang kurang supaya kita sebagai satu produksi boleh tambah.
It happens to be that even between themselves they are not accepting each other. Kawan memang kawan. Tapi bukan dalam konteks satu keluarga. It tears my heart apart. Tengok anak-anak buah buat hal masing-masing. When I on the other hand did nothing to help them.
Jadi bila dah luahkan semalam, betul tekaan aku selama ini. They are not one. Aku tahu orang lain anggap benda itu tak penting. But it matters to me. Aku dalam produksi bukan pengarah. I'm receiving orders from my director and my job is to make sure that all these orders are done. Tapi aku rasa sebagai orang yang sedikit lama, aku kena campur tangan.
Masalah sebenarnya bagi aku ialah campur tangan orang luar. And it happens to be that these outsiders only choose certain people to be their friends. Tapi macam mana dengan orang-orang yang terabai itu? They deserve to choose their friends too but they didn't because they wanted to be looked as one.
Nak kenal orang dan nak terima orang, benda itu makan masa. It's not like you know somebody for a day and the next day they become your best friend. Aku tak kisah kalau orang nak kutuk aku sebab aku cakap macam ini. Because I know they couldn't do what I did.
Komitmen dan kesungguhan saja tak cukup untuk berproduksi. It comes together with attitude. Kalau tiga elemen ini tak bersatu, jangan harap semangat berproduksi itu nak datang. Don't even think of it. And hopefully, miracle happens.
Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. To achieve great victory, it comes together with a great sacrifice.
22.4.09
Zul Rahman Tanya Aku
Aku tergerak hati nak jawab soalan Zul Rahman dalam blog bahasa Inggeris aku.
Kenapa Sengal Ubi?
Masa aku dekat matrikulasi dulu, aku selalu sumpah orang sengal. Aku sumpah benda tak jadi, sengal. Aku sumpah benda tak elok, sengal. Aku sumpah benda buruk, sengal. Apa yang tak kena pada mata aku, aku kata sengal. Sampai satu masa, budak bilik aku sumpah aku balik, kata aku sengal ubi. Rupanya semua yang aku sumpah sengal dulu, sumpah aku balik dengan sengal ubi. Lama-lama orang kenal aku dengan Sengal Ubi, sebab aku suka sumpah orang sengal.
Alasan Sebalik Sengal Ubi?
Aku tak ada alasan yang kukuh. Bagi aku, kalau ada satu perkataan yang boleh bagi orang kenal aku, aku akan pilih sengal ubi. Perangai aku memang sengal, perwatakkan aku memang sengal dan pertuturan aku memang sengal. Dan aku bukannya selalu bercakap benda-benda yang sengal. Hanya masa-masa yang nak aku jadi sarkastik sahaja. Kata orang, diam-diam ubi berisi. Sebab itu aku pilih Sengal Ubi sebagai nama timangan aku.
Boleh terima jawapan aku Zul Rahman?
Aku nak juga tanya macam mana Pegawai Khalwat dan Artisticklytouch dapat nama.


